Thursday, September 2, 2010

Emergency Leave

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni saya telah meng'EL' kan diri. Dah duduk umah bosan lak. Tak tau nak buat apa.huhuhu. Kenapa EL hari ni? Bukan saja-saja ponteng eh... Semalam saya diserang gatal-gatal.

Ni sebenarnya penyakit lama yang berulang. Tapi semalam macam kronik daripada biasa sebab gatal-gatal naik sampai muka selalu dia attack badan je. Memang tak tahan la. Seingat saya 1st time saya kena time tu raya, bersih-bersihkan rumah yang penuh habuk. Sekali naik bintat-bintat kecil, pastu kalau kita usik, bintat-bintat kecik tu akn bergabung jadi besar dan membengkak. Ada juga orang kata galgata. Ntah saya pun tak tau. Tapi yang pasti setelah mengkaji tanda yang menyebabkan saya boleh kena serang gatal-gatal ni kalau saya terdedah pada habuk atau pun makan seafood dalam kuantiti yang banyak terutama kalau seafood tu tak fresh. Sebab pernah jer saya melantak banyak gila seafood tapi tak kena. Ada sekali tu saya makan dua ketul je udang tapi nampak la udang tu dah tak fresh kena la gatal-gatal. So, saya buat kesimpulan saya akan kena if seafood tu xfresh.hoho

So, penyebab saya kena semalam adalah saya telah belasah steam boat pada time buka puasa hari Selasa tu. Pagi semalam dah naik sikit-sikit. Saya buat bodoh lagi. Berbuka semalam pulak saya makan nasi kerabu. Mungkin budu dalam nasi kerabu tu jadi pemangkin. Lepas buka terus naik gatal-gatal satu badan.

Saya pun telan ubat allergic dengan sapu ubat gatal. Tapi tak ada kesan apa pun. Habis satu botol bedak saya lumur badan tak ada kesan gak. Pastu saya campur air panas dengan air sejuk, jirus kat tangan. Tak berkesan gak. Last-last saya ajak housemate g klinik. Dah g klinik tu tak ada ubat lain selain injection sedas doktor bagi. Adoyai. Sakit woo. Doktor ni dah la kedekut mc. Dah la kena inject. Huhuhu.

Kesan ubat tu memang drastik, ngantuk gile pastu. Sampai umah terus membongkang. Bangun sahur, pas subuh terlelap balik dan hasilnya saya bangun pukul 7.30. Terus message orang office saya EL hari ni.hoho. Tangan kesan inject pun sengal-sengal lagi. Nasib semalam pakai jarum halus sikit. Sebab awal-awal saya sound dah nak inject kat tangan. Doktor tu cakap kat tangan sakit, tak kira nak kat gak doc. Ada sekali tu saya kena doktor pakai jarum besar sebabnya nurse tu ingat saya nak inject kat bontot. Bila saya buat muka sakit dia boleh pulak cakap ingat nak kat bontot. Gila x sakit? Jarum yang guna inject kat bontot dia cucuk kat tangan saya. Huhuhu.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...