Sunday, August 1, 2010

Working Trip to KK

Assalamualaikum wbt

Tengah orang sedap beradu lagi saya dah terpacak kat airport ni. Almaklum la kan hari ni hari Ahad. Kakak saya hantar awal sebab dia tak familiar sangat jalan, takut sesat.

Ni baru ada announcement flight to KK delay pulak. Lagi lama la terpacak kat sini. Actually ni 1st time nak g KK. Ni pun sebab ada meeting. Kalau tak, tak tau la bila nak sampai. Hohoho.

Memandangkan saya 1st time, haruslah memerlukan pemandu pelancong kan. Sat g sesak plak. Takut kena kelentong pun ya. Luckily saya ada sorang kawan kat Sabah, Anneline. Semalam dah message dia minta tolong teman g shopping.

Rasanya hari ni yang ada free sikit kalau nak shopping. Esok dah nak pergi Lahat Datu. I guess this working trip will be such a long journey. KK-Lahat Datu-Kg Pulau Sakar. Site yang saya nak pergi kena naik bot segala. Kg Pulau Sakar. Mesti tak pernah dengar kan. Hehehe.

Doakan keselamatan saya k kengkawan. Nanti saya Update lak my 1st experience @ KK.

~ pen off~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...