Tuesday, August 31, 2010

SALAM MERDEKA

Assalamualaikum w.b.t

Lambatnyer la kan nak ucap salam merdeka. Tapi apa pun still 31 Ogos kan. Selamat menyambut hari merdeka semua. Before berceloteh panjang nak tiup-tiup habuk dulu kat blog yang dah bersawang nih..."Fuh....Fuh...uhuk...uhuk" Punya la bersawang sampai terbatuk-batuk.hohoho.

Lately ni sangat sibuk la kengkawan. Bebanan kerja kat office terlalu mencemburui. Ayat tak boleh blah. Tapi serious tak tipu, saya memang sangat sibuk kat office sekarang. Banyak betul kerja. Stress rasanya. Dah la semua kemudahan macam kejer zaman 90an Ye kot, saya baru kat zaman sekolah lagi time tu. Internet slow macam siput. Tu la salah satu faktornya saya jarang update, line telephone boleh call sekitar KL je. Operator pulak tak ada. Kalau nak call State ker, Sabah Sarawak ke, Hand phone ker...Sila pakai handphone anda sendiri dengan bil yang juga dibayar sendiri. Bos-bos dah la telefon boleh call luar ke mana sahaja, bill hand phone boleh claim. Tak aci kan? Nak wat camno kami yang bawahan ni kan hanya golongan-golongan SYMP a.k.a Saya Yang Menurut Perintah.
Bawak-bawak je la bersabar. Bulan puasa tak baik marah-marah.

Pejam celik pejam celik kita berpuasa, next week dah nak raya. Mesti semua dah minta cuti raya kan. Saya pun dah minta. Plan nak cuti seminggu straight malangnya bos saya yang baik hati x luluskan. Dia bagi cuti Khamis,Jumaat dengan Isnin jer. Selasa dah kena start bekerja sebab dia dah kerja.huhuhu. Start hari Selasa dan seterusnya kena la kami ni bergilir bercuti sebab nak kena ada orang kat office. Saya pilih la Selasa sebab orang lain tak nak. Ada la lagi 2 orang kot yang kerja gak. Pastu Rabu cuti balik sampai la Isnin. Ha ambik. Tak bagi saya cuti kan tengah-tengah raya. Saya cuti sampai Isnin. Puas hati.hehehe.

Okla dah kontang idea. Time tak ada internet macam-macam nak cerita, bila dah internet idea beku pulak. huhuhu. Kay la undur diri dulu yerk. Nak menjalankan misi 'blogwalking'. Lama dah tak singgah blog kengkawan lain.

~pen off~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...