Saturday, August 7, 2010

Ramainya Orang

Assalamualaikum w.b.t

Semalam dan hari ni Sogo telah 'diserang' orang ramai gara-gara ada sale for members. Ramainya orang kerumun sale macam semut tengah kerumun gula. Memang ramai tahap luar biasa. Orang ambil kesempatan shopping for hari raya kot.

Sale memang gila tahap tak ingat. Siap sale sampai 70%+20% off. Mana la tak ramai kan. Departmen yang ramai kena serbu departmen kanak-kanak. Parents ambil kesempatan shopping for hari raya sekali kot. Ingat nak gak shopping baju untuk anak-anak buah. Tapi tak boleh nak masuk coz terlalu ramai orang.

Semalam dan hari ni saya dah menyibuk kat Sogo. Semalam dan hari ni dah banyak 'melabur' kat Sogo. hohoho

Hasil serbuan semalam saya dah sambar single quilt cover+fitted sheet set n bantal kecil tuk letak kat office[persediaan bulan poser] hehehe....

Tak cukup hasil semalam, hari ni meneruskan misi lagi. Hari ni lagi banyak yang disambar. Saya beli seluar kerja untuk diri sendiri, t-shirt n kemeja untuk mr.teddy, kemeja untuk my dad, king quilt cover + fitted sheet set untuk diri sendiri, comforter set untuk uda. Memang penuh tangan. Ni tengah menunggu housemate saya. Nak g redeem voucher tapi barang banyak sangat tak ada orang nak jaga.

Apa-apapun dalam sibuk shopping jangan lupa jaga barang berharga n also kepada ibu bapa jangan leka sangat shopping sampai terlepas pandang anak masing-masing. Ni pun saya baru lepas dengar announcement ada kanak-kanak yang hilang ibu bapa.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...