Sunday, August 22, 2010

Aktiviti Hujung Minggu di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t

Semalam adalah hari sabtu yang penuh. Banyak betul persinggahan saya dan mr.teddy...

1st destination: Berjaya Times Square

Mr.teddy plan nk tgk wyg. Tak pernah saya buat keje tengok wayang bulan puasa rasanya.hehehe. Tapi sebab lama sangat dah tak layan, layankan je la.Tanya idea nk tengok kat mana, saya suggestkan la tengok kat TS. Kitorang layan 'The Expendables'. Terbaik la gak action dia. Berjaya buat saya terkujat gak. Hohoho

2nd destination: Muzium Negara

Ni lagi tak pernah buat kerja. Seingat saya la, last pergi muzium dulu zaman tadika kot. Hahaha. Mr. Teddy ni kan pencinta sejarah. Layan kan je la hobi dia yang satu ni. Dia bercadang nak pergi Galeri Perdana. Tapi tak tau jalan, yang tau muzium negara la. Sakan gak berposing kat muzium. Tapi kat luar je la. Sebab saya ni ada penyakit sikit masuk muzium, penakut. Terutama yang zaman-zaman kesultanan tu. Pergi la muzium mana-mana, mesti x boleh jenjalan sorang-sorang. Saya bayangkan bila ambil gambar tetiba ada orang kat sebelah ke. Tapi kan bulan puasa. Tak kira nak takut gak.

3rd destination: Office terchenta

Singgah jap kat office saya nak ambil barang. Dah alang-alang tu, bawak la balik sekali barang-barang yang dah berkurun x bawa balik. Penuh kereta mr. Teddy. Last-last bende yang saya nak ambil tu tertinggal. Adoyai...

4th destination: Taman tasik titiwangsa

Memandangkan masa awal lagi, mr. Teddy ajak lepak kat tasik. Kitorang port kat tempat yang ramai orang. Seronok tengok keletah orang. Ada yang jogging, ada yang berbasikal. Ada yang bawa anak jalan-jalan. Ramai gak orang. Dah dekar 6.30 baru la gerak ke next destination: Hotel Quality, ada majlis buka puasa. Mr. Teddy ingat majlis tu buat kat Istana Budaya. Tu yang dia ajak lepak kat tasik titiwangsa tu. Orang cakap dah ubah tempat, dia tak perasan. Apala.

5th destination: Hotel Quality

Ada majlis berbuka puasa dengan kawan-kawan kelas degree. Ramai gak la yang datang. Boleh tahan la meriah. Sebab sambil berbuka sambil ada show. Thanz la tu Encik Organizer, Acap atas usaha anda. Masing-masing dah lain. Dah bawak anak, dah bawak perut. Hehehe.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...