Friday, July 30, 2010

Selamat Hari Jumaat...

Assalamualaikum w.b.t

Kalau dari zaman sekolah pun kita dah start didedahkan dengan kelebihan hari Jumaat ni. Dalam buku pun banyak cerita. Antaranya:

1. Doa mudah dimakbulkan ALLAH pada hari Jumaat.
2. Hari Jumaat Nabi Adam diciptakan dan hari Jumaat jugalah diturunkan daripada syurga.
3. Pada hari Jumaat kiamat akan berlaku.
4. Selamat dari fitnah kubur bagi mereka yang meninggal pada hari Jumaat.
5. Hari Jumaat penghulu segala hari.

Saya suka hari Jumaat. Banyak sebabnya selain daripada keistimewaan Jumaat tu sendiri [seperti di atas]:

1. Hari Jumaat last hari berkerja dalam setiap minggu. Tak sabar nak cuti hari Sabtu and Ahad tu.
2. Hari Jumaat adalah hari saya balik umah family. So, boleh makan best-best bila balik umah family. Makan je yang diingat
3. Lunch break hari Jumaat panjang. Dari pukul 12.15 - 2.45. Lamanyer. So, selalu mengambil kesempatan pada hari Jumaat nak pergi bershopping kat Jalan TAR ke, Jakel ker, Ariani ker. Hari Jumaat gak selalu makan kat tempat yang jauh sikit dari office. Ait makan lagi
4. Kalau dulu time zaman duduk hostel, hari Jumaat mesti makan special sikit daripada hari lain. Pastu ada ice-cream. Selalu pow lebih-lebih kat abang dining tu. hehehe. Makan...makan...
5. Pastu kalau hilang hari Jumaat pas lunch selalu orang tak perasan. Saya cakap je, tak pernah buat pun
6. Semenjak dah duduk berjauhan dengan Mr.Teddy ni, hari Jumaat jadilah hari dating kitorang selalunya. Sebab dia selalu ada meeting kat HQ hari Jumaat. Petang pas kerja dia ambil kat office ataupun tunggu kat LRT station.

Ok kengkawan semua, Selamat hari Jumaat. Semoga hari Jumaat anda dipenuhi dengan perkara yang baik-baik sahaja. Ceria-ceria selalu.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...