Friday, July 16, 2010

Perhatian...Tolong Kuruskan Diri Anda

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni lunch kat Sogo. Bukan nak cerita pasal lunch walaupun tajuk entry pasal 'kurus'. Nak cerita tadi telah gagal mengawal nafsu kerana telah terjebak dengan Sale Voir Group kat Sogo. Gila murah okay kengkawan. Sempat lagi ni nak shopping. Sampai Ahad ni still ada. Apsal jadi promoter tetiba ni hahaha. Telah menyambar sehelai t-shirt dan dua helai jeans.

Saya pun dengan bestnya telah pergi fitting untuk dua helai jeans tadi. Dengan confidentnya ambil saiz macam biasa Tak boleh bagitau la kan size ape huhuhu. Sekali dah fitting tau tak apa yang telah berlaku. Saiz yang selalu saya pakai tak muat!!!!oh tidak. Tolong la sedar diri . Terpaksa la mengambil seluar yang extra 1 saiz daripada biasa. hohoho. Lately ni memang terasa badan mengembang lebih daripada biasa. Berat dah memang luar jangkaan. Saiz seluar pun dah berubah. Adoyai perlu melakukan sesuatu ni untuk menghalang pengembangan secara berleluasa terhada diri sendiri.

Macam-macam terfikir bila dah mengembang ni. Sempat ke nak kurus before bulan 3 ni. Harap-harap sempat la. Dan paling penting kena control diri ni daripada makan banyak.hahaha. Saya tak boleh mengembang secara berlebihan sebab ketinggian tidak mengizinkan. hohoho.Cik Airen tolong kawal diri anda ok.huhuhu.

2 comments:

  1. good luck...!urm ada apa dengn bulan 3?

    ReplyDelete
  2. tq...tq...hehehe...insyaALLAH my Big Day on March...so kena kurus cepat2...hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...