Sunday, July 18, 2010

Penghibur Terbaek....


Assalamualaikum w.b.t

Hari ni saya nak bercerita pasal one of my favorite penghibur selain daripada en.tunangku sendiri. Kalau jumpa pastu sekejap jer mesti dah rindu balik kat dia. Terbayang-bayang jer kekeletahan dia menghiburkan hati kita. Siapa dia???Dialah si kechik Muhammad Irfan kesayangan semua orang.hehehe.

Ok intro sikit pasal si kechik Irfan ni. Irfan ni anak my Uda. Umur dia setahun lebih tapi kalau tengok dia rasa macam dah budak besar je dengan lagak dia yang sangat macam orang tua. Kenapa hari ni nak bercerita pasal Irfan sebab...Dua hari ni berkampung kat umah dia sambil melayan kerenah n keletah dia so jadi teringat-ingat jer hari ni. Terus rasa nak update blog pasal si kechik ni. Irfan, Cik Inz already miss you la dear.huhuhu

Si Irfan ni suka sangat tiru gaya orang tau. Kita buat la apa gaya pun, suruh dia buat mesti dia buat tau. Buat muka pun suka gak. Geram je kalau dia buat muka tu. Rasa nak cubit-cubit je.hehehe. Semalam bawa la dia jenjalan dengan my K.Cik naik kereta. Pastu bila selisih dengan orang naik motor jer, saya suruh la die angkat tangan sambil sebut "Wop" [gaya orang-orang tua kalau selisih tengah jalan]. Sekali die pun buat.hahaha. Geram je. Bila nampak awek, suruh sebut "phewwit". Dia buat gak tapi bunyi slow jer "wiwit" dia tu. hehehe. Memang rasa nak cubit.hahaha. Orang menyanyi die pun menyanyi. Tapi humming je la sambil goyang-goyang. Pastu melayan dia main bola. Walaupun penat, tapi syok wooo. Mengah gak la melayan si kecik ni main bola. hehehe. Yang paling tak tahan aksi poyo dia nak tolak kereta sorong. Cam larat je la eh. hehehe.

Malam sambung melayan dia pergi makan kat Bagan Lalang. Masa mula-mula naik kereta dengan saya,my along, anchik n K.cik. Lagi la seronok melayan dia. Tengok lori, tengok bas. Excited ja dia. Sempat la gak membuatkan K.cik makan hati sebab bila K.Cik ajak Irfan 'high 5', Irfan buat tak tau je. Bila saya suruh, terus dia 'high 5'. Bila K.cik nak peluk dia sebab dia dah ngantuk dia tak nak. Bila saya ajak dia duduk atas riba then peluk dia, dia senyap je. hehehe. Memang makan hati. hehehe.

Adoyai Irfan sayang, Cik Inz dah rindu sangat kat Irfan ni. Terbayang-bayang je Irfan usik Cik Inz, geletek-geletek, poyo nak ambil gambar, main bola dengan Cik Inz.hehehe. So, kat bawah ni saya upload picture si kechik Muhammad Irfan dengan macam-macam aksi dia. hehehe.





~Ni lah dia penghibur terbaek saya:Muhammad Irfan~

2 comments:

  1. uda xde ke yg korg berkampung kat rumah dye... mmg cgt jeles nie... irfan MESTI engt kt mak cu taw!!!..

    ReplyDelete
  2. kalau uda takder pehal pulak yang kitorang nak berkampung kat umah die...apala ko ni...hahaha...NAsib r weyh kalau irfan dah tak ingat kat ko. Pasni dia asyik ingat CIk Inz die je r...wahaha

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...