Monday, July 12, 2010

Kerja ke Cuti....


Assalamualaikum w.b.t

Last weekend telah menghabiskan hujung minggu saya dengan bekerja. OH TIDAK!!! Kerja di hari Sabtu???Apa kejadahnya??? Terkeluar mode Edisi Siasat plak kat sini . Nasib baik pergi bekerja di tempat yang best. At least terubat la jugak kekeciwaan bekerja di hujung minggu. Bekerja di Cameron. Yeah Kerja ke jalan-jalan ni??Jawapan ada kat bawah.

Actually pergi Cameron dengan tujuan untuk ber'meeting' Bukan berdating kat sana pada hari Sabtu tu. Plan asal pergi dengan driver. Last minute Jasz bagitau boss dia nak pergi dengan driver tu. So, kami pun struggle cari transport. Nak tak nak terpaksa la si Jasz ni service keter die. Sian kat ko Jasz. Tak pasal-pasal budget lari.

So, hari Sabtu tu kitorang pun bertolak la ke Cameron Highland. Nak jadi cerita si Jasz ni 1st time naik Cameron, saya agak nervous gak la. Tau-tau je la jalan ke Cameron ni kalau ikut Tapah. Aritu time naik agak pening-pening ayam sikit. Tapi Jasz confident n alhamdulillah kami selamat sampai ke destinasi.

Kitorang singgah breakfast kat Restoran Jejantas Sungai Buloh. Sempat la menyaksikan accident dua buah lori yang terbalik kat tengah jalan. Pastu berhenti lunch dulu kat Tanah Rata sebab time tu sampai awal lagi, around pukul 1. Meeting start pukul 2.30. Lepas dah isi perut dengan kenyang baru la boleh fokus tyme meeting Ayat tak boleh blah . Sekejap je meeting pastu site visit.

~Curik-curik pose tyme Site Visit~

Lepas meeting ingat nak berehat kat bilik je, tapi macam tak boleh tahan je duduk diam kat bilik kan. Jasz ajak pergi Strawberry Farm. Kebetulan Rumah Peranginan Persekutuan yang kitorang duduk ni betul-betul sebelah Strawberry FArm. Jalan kaki je la. Melayan ice-cream kat sini. Marvellous. Lepas tu kitorang pun terus pergi Pasar Malam kat Brinchang. Tengah-tengah jalan tu boleh pulak hujan. Adoyai sejuk gile occay. Yang paling tak boleh blah saya pun beli la payung sebab takut hujan lama lagi nak berhenti. Time tu kitorang memang dah lencun habis. Sekali baru pakai 5 minit, hujan dah berhenti.huhuhu. Aktiviti malam yang paling saya suka iaitu merehatkan diri sambil membuat tahi mata. hahaha.

Hari Ahad tu terus check out then pergi breakfast kat Brinchang. Pastu dalam plan nak pergi strawberry farm dengan ladang teh. Tapi tak tau yang mana satu best. Sebab dua-dua orang pun buta jalan. hohoho. Then saya pun call my Alang yang kebetulan jumpa time brekfast tadi. Alang cakap kalau Strawberry Farm yang best pergi Rajuhill's kalau ladang teh pergi Barath Plantations. Kitorang pun redahkan je la. So, kitorang pergi ke Rajuhill's dulu. Sempat bershopping sakan strawberry. Pastu singgah Kea Farm. Beli sayur n jagung yang manis Bekalan untuk mak mentua . Si JAsz sempat pulak memborong pokok yang dipesan oleh encik hubbynya. Dah siap-siap beli kitorang pun menuju ke destinasi seterusnya. Tapi sebelum tu nak cerita, bila balik kereta lepas bershopping sakan kat Kea Farm tu kitorang dapat surat chenta dari encik polis. huhuhu. Tak pasal-pasal.

Dengan hati yang bengkak terus la menuju ke destinasi seterusnya: Barath Plantations. Mood teruja ok sampai sini. Serious nyaman n tenang jer tengok hijau-hijau pokok teh. Posing-posing maut sikit, shopping sikit pastu terus chowz. Around pukul 12 lebey dah turun ke bawah. Sebab ada lagi satu tempat nak pergi iatu jeng..jeng..jeng..Slim River.

~Pict jalan-jalan di Cameron~

Sempat lagi menyinggahkan diri ke rumah mak mentuaku Belum lagi gatal di Slim River. Dah otw kan. Makan tengahari kat sana. Memang sedap gile lontong n rendang daging Bukan ayat ambil hati tau ni, tapi kenyataan hehehe. BAgi la segala jenis buah tangan yang dah beli kat Cameron tadi. Kitorang balik berbekalkan durian, buah duku langsat n agar-agar. Pergh. Macam balik kampung betul eh. hehehe.

Tu je la cerita hujung minggu saya. So, kesimpulannya ni lebih kerja ke lebih bercuti???wahaha. Lu pikir lah sendiri.hehehe

2 comments:

  1. cameron highlands is nice.. but i havent visit the tea plantation! =)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...