Sunday, July 25, 2010

Bergembira Bersama Keluarga

Assalamualaikum w.b.t

Semalam saya menghabiskan masa dengan family. Having a great day. Siangnya Ancik ambil kat rumah sewa. Plan asal nak balik sendiri naik train, tapi tinggal harapan. Ancik juga yang kena ambil. Mengada-ngada kan. Dah tua bangka pun nak berambil berhantar . Sekali tengok-tengok ada sekali dua kanak-kanak kecik. Sape...sape...Anak-anak buah saya rupa-rupanye. Kak Long [Fatin Farhah] dan Angah [Fatin Farisha]. Dua orang "Kak Nam" yang banyak celotehnya.

Singgah makan dulu kat Ayam Kampung Hj. Hassan, Cheras. Perut dah lapar minta diisi. Perut dah kenyang terus la balik la umah. Sepanjang perjalanan tu hari saya dipenuhi dengan gelak ketawa dan celoteh dua orang "Kak Nam" tadi. Asyik gelak je. Macam-macam dorang buat lawak terutama si Angah. Dia memang lawak sikit. Main-main pilih lagu la, main-main macam cerita ILUSI la [cerita yang kat TV3 tu] termasuk la dengan slumber men'sound' saya suruh belajar masak dengan Mama diorang. Adoyai terkena sebijik.Dusyum...dusyum...Si Angah ni siap cakap kat K.Long dia "Along, tak tau ke Cik In tak pandai masak". Dengan gaya yang sangat kepochi. hahaha. Angah, Cik In dah pandai masak la sikit-sikit . hehehe

Masa on the way balik tu Ancik dah janji dengan diorang nak bawa pergi JJ Bukit Tinggi bagi mengelakkan diorang kena cari kutu dengan mak saya [Diorang ni adalah penternak kutu yang berjaya. Biasa la budak-budak.] Bila dah sampai rumah, duduk-duduk kejap, diorang pun tuntut la nak pergi JJ. So, layankan pulak pergi JJ. Bawa sekali lagi sorang anak buah saya, Amin yang memang ada kat umah. Jalan-jalan kat JJ, tanya nak beli apa semua tak tau nak beli apa. Bagus betul. hehehe. Bawak pergi kedai yang ada bear pun tak nak. Kata diorang nanti simpan kat umah, berhabuk je pastu bersin. LAst-last bawa diorang main game yang ada kat situ. Dengan saya sekali excited nak main game. hehehe. Bila dah nak balik tu, Si Angah lapar pulak. Belikan diorang muffin n bun kat La Boheme sebab malam nanti nak makan besar.



Sampai umah, siap-siap pulak nak keluar balik. Nak pergi makan kat Jeram. Medan Ikan Bakar Jeram. Sempena nak menyambut bulan Ramadhan al-mubarak ni family saya buat la makan-makan ramai ni. Semua ada kecuali abang saya, Uteh n adik saya, Wahidah Ida, sila jelez ya baca . Banyak gila menu yang Alang order. Ada Ketam masak Pedas, Ikan bakar, Tom Yam campur, Siakap Stim n Tiga Rasa, Udang goreng butter, Sotong goreng tepung, Kerang Bakar dan Sayur Kailan.Air pulak Fresh Orange dengan Tembikai. Pergh...Memang banyak. Macam nak meletop perut rasanya. Tapi yang tak bestnyer, saya tertinggal camera. Yang ado camera i Phone je la. huhuhu. Dah last-last tu baru banyak ambil gambar. Tu pun camera Uda. hohoho. Tak dapat gak nak upload kat sini. Merasa gak la melaram dengan DSLR baru uda. Ngeh...ngeh...ngeh....

~Panjang giler meja~
~Wajah-wajah kekenyangan~
Tu je la kisah hujung minggu saya yang dipenuhi dengan aktiviti bersama keluarga. Aktiviti hujung minggu next week ape pulak. Tunggu.....hehehe.

4 comments:

  1. oit oit makan xengt org ekk... xaci nie...
    sape blnje? kena tuntut tok org sekali nie..

    ReplyDelete
  2. saper suh ko duduk jauh...merasa la cmner k.inz raser dulu...hahaha...tapi kan da...dulu mana ada kita selalu makan luar...kehkehkeh....

    ReplyDelete
  3. siot!!! not fair r cmnie... org pon pernah tgl dulu dok teknik.. haish sgt xaci lorh!!

    ReplyDelete
  4. hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha=p

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...