Thursday, June 24, 2010

Sensitif Kah???

Kenapa la hari ni sensitif terlebih?
Mungkin telah salah faham di atas gurauan yang dianggap berlebihan...
Mungkin telah acap kali di'serang' dan hari ni terus meletop...
Mungkin kesabaran telah sampai had dan tak mampu menerima sebarang bentuk gurauan terutama dari 'orang itu'...

Sedang duduk bergembira, tiba-tiba mood berubah...Kenapa sering kali menjadi bahan oleh 'orang itu'. Sangat tidak faham. Mungkin sifat ke'anak-anak'an membuatkan orang anggap diri ini masih kanak-kanak dan terus perasaan ini diabaikan. Atau mungkin 'orang itu' memang menyampah sangat dan terus menguji beberapa kali. Kalau nak disenaraikan 'ujian' apa. Memang banyak. Sampai tak tersenarai.

Maaf 'orang itu', hari ini saya telah meletop di atas cobaan 'serangan hendap' anda beberapa kali. Ucapan maaf anda pun tidak dapat diterima buat masa tadi sebab perlukan masa untuk bersendirian. Buat pengetahuan anda saya amat tidak suka situasi tadi sebab untuk hari-hari mendatang saya tetap perlu mengadap anda dan anda telah menunjukkan sisi lemah diri saya pada orang lain juga. Mesti orang akan berkata: "Airen, orang bergurau pun dah tak boleh." Tapi sebenarnya letupan saya pada hari ini telah saya kumpul untuk beberapa serangan hendap anda bukan untuk 'gurauan' pada hari ini sahaja. So, Tahniah la pada diri anda yer.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...