Monday, June 7, 2010

Lagenda Budak Setan - Movie

Assalamualaikum

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, saya ada tulis kan yang saya akan buat review bila dah tengok cerita ni. So, selepas melayan movie ni dengan Mr.teddy hari Jumaat hari tu ni lah hasilnya:

Overall cerita ada la lari-lari daripada novel asal. Terutama part yang awal-awal tu.Frust jugak la coz Kasyah dalam movie tak cukup 'SETAN' macam Kasyah dalam novel. huhuhu. Dalam movie cepat betul dia tangkap cintan dengan Ayu. Frust lagi. Dialog dalam movie lak memang skema macam ayat dalam novel jugak. Rasanya zaman sekarang orang dah tak guna lagi kot dialog camtu.hehehe.

Pada pendapat saya juga movie ni tak cukup jiwang macam novel asal hingga boleh menyentuh perasaan walaupun dah baca buat kali ke - 10. Saya stand by juga mana tau akan meleleh-leleh ke bila tengok movie ni ke, tapi tak ada tangisan.hohohoho. Siapa yang tak pernah baca novel mungkin akan agak berpuas hati sebab tak boleh nak bayangkan apa yang berlaku dalam novel. Tapi bagi saya yang memang peminat setia novel ni so hanya boleh bagi 3/5 rating sahaja. Mr.teddy kata cerita ni boleh diterima sebab dia tak baca novel.

Rasa dalam movie ni yang paling berjaya menjiwai watak adalah Que Haidar as Azmi. Serious memang the real Azmi macam dalam novel. Saya frust sket dengan watak Kasyah yang dibawakan oleh Farid Kamil, tak tau la maybe disebabkan Kasyah dalam movie tidak digambarkan seperti dalam novel. Watak Emilia yang dibawakan oleh pelakon baru, Shiqin Kamal biasa-biasa je. Tak berapa nak feel la tengok lakonan dia.

Nasib baik juga OST movie ni best. Memang layan la.

Penyanyi: Filianti Vlee
Tajuk : Hilangnya cinta

Bila cinta kini.
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu...
Dalam harapan

1 comment:

  1. ooo, memnag dah jangka dah, biasa, kalau novel, difilemkan, susah sikit, agak berat, tq ata view tersebut

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...