Monday, June 7, 2010

Hari Sabtu Yang Penuh

Assalamualaikum w.b.t

Hari Sabtu lepas adalah hari saya yang penuh dengan makan-makan. Almaklumla musim cuti sekolah. Banyak kenduri kahwin.

Destinasi 1: Jusco Taman Maluri

Pergi Jusco Taman Maluri sebab nak cari hadiah untuk best friend Mr.Teddy yang jap lagi kitorang nak pergi majlis kahwinnya. Biasa la Mr.Teddy bab memilih memang lama kan. Nampak je simple tapi cerewet gak orangnya [ oppst...terkutuk pulak kat sini ]. Dapat juga hadiah yang dikehendaki. Hadiah 'mengenakan orang' untuk Aley + Tasha. Aley + Tasha jangan balas balik kat kitorang tau.hehehe


Destinasi 2: Dewan Besar Kompleks Belia, Cheras

Lepas dah dapat hadiah tu kitorang pun menuju ke destinasi seterusnya, Dewan Besar Kompleks Belia, Cheras. Tempat majlis perkahwinan best friend Mr. Teddy berlangsung. Aley n Tasha dua-dua pun best friend Mr.Teddy so wajib la datang kan. Untuk Aley n Tasha, tahniah untuk korang berdua, Semoga berkekalan ke akhir hayat.Amin.

Lauk pun best. Siap ada bubur kacang lagi.Ramai juga kawan Mr. Teddy yang datang. Tapi tak boleh nak lama-lama sangat sebab ada destinasi lain lagi lepas ni. Lepas bergambar dengan kedua mempelai kitorang pun minta diri.

Destinasi 3:Keramat

Dari Cheras kitorang ke Keramat. Dengan bantuan Garmin Mr.Teddy sampai juga kitorang ke Keramat. Mak Uteh saya [adik ayah] mengadakan perkahwinan anak sulongnya. Makan lagi.Adoyai. Makan sikit je la, sebab lepas ni ada kenduri lagi satu. Bila family saya nak minta diri, kitorang pun minta diri sekali.

Destinasi 4: Rawang

Dari Keramat ke Rawang pulak. Rumah Achu Mr.Teddy. Ada kenduri housewarming. Makan lagi. Perut dah nak meletop.huhuhu. Mula-mula makan kuih jer. Pastu, Mak Mentuakubelum lagi eh gatal... Mak Mr.Teddy suruh makan nasi. Rasa la sikit. Sempat lagi tengok gambar tunang haritu dalam album. Yang belah saya belum siap lagi.

Destinasi 5: Slim River

Yang ni tak ada dalam list. Hantar Opah Mr.Teddy ke Slim River. Sebab mak n ayah Mr.teddy lama lagi nak balik. Nak tolong Achu kemas-kemas sikit. Yang ni seperti biasa, tiap kali pergi Slim mestila Mr.Teddy ni jadi tourist guide saya kan macam 1st time saya sampai lak. hehehe. So, lepak umah Opah jap. Borak-borak dengan Opah n Atuk. Tengok gambar-gambar lama. Lucu betul tengok Mr.Teddy kecik-kecik.hahaha. Rasa nak curi je satu gambar. Saya slumber jer kutuk dia gelap berbanding adik beradik dia yang lain.hahaha.

Dari Slim River terus menuju ke Cheras. Mr.Teddy ajak layan movie lagi. Tapi saya dah tak larat. Kita sambung esok je la eh.hehehe.

3 comments:

  1. ambooiiii jauh perjalanan ko ekk...kitorang malam tu g JJ shopping baju irfan jer...adehhh kopak duit ummi dia...

    ReplyDelete
  2. 2 la pasal kan...memang jauh...hehehe....bgs la irfan dh pandai kopakkan duit ummi dia...save sket makcik2 dia....hahaha

    ReplyDelete
  3. sampai mak usu dye pon xsempat na beli kasut.. mengejar c kecik sementara menunggu ummi nye beli baju2 kecik.. hahhahaha

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...