Wednesday, June 9, 2010

Cuba Cari Nama Anda, Ada Tak [A - Z]

Salam. Hari ni terasa nak ingat orang-orang yang pernah saya kenal dari huruf A hingga Z. Agak-agak cukup tak.ehehe.

A - Airen. eh tu diri sendiri boleh kira ke.hehehe.X aci. Azim @ Ajim. Kenal masa matrix dan berkawan sampai sekarang tapi dah tak serapat dulu. Masing-masing dah ada komitmen.

B - Balkis. Kawan zaman kanak-kanak dan sangat rapat. Tapi sekarang dah lost contact lepas dia pindah. Tak dengar dah cerita dia. Dah kawen kot.hehehe

C - Chica. Nama yang cukup unik n melekat till now. Kawan dekat matrix juga, nama dia sebenarnya Lyn. One day tu kitorang gegatal nak tukar nama masing-masing so dapatla nama Chica. Chica bila nak hangin' out together-gether ni.

D - Deck. Kenal bila dah start kerja kat office sekarang ni. Teman sejenayah. Tapi tak lama lagi Deck nak pindah dah.huhuhu.

E - Ejoy. Kawan....ewah My lovely tunang la. nak kena sembelih ke.hehehe. Dari kawan jadi kekasih n sekarang jadi tunang.Love you dear.

F - FF. Nama anak-anak buah saya. Fatin Farhah, Fatin Farisha, Faiz Farhat & Fatin Farzana.

G - Ghalib. Classmate masa TIKL. Nama dia lain. Tapi budak-budak panggil dia Ghalib.

H - Hayati. Mak kesayangan saya. Yang membesarkan kami adik beradik dengan sempuna. Alhamdulillah.

I - Irfan. Si kecik yang menjadi kesayangan dan kegeraman semua orang dengan aksi dia. Rindu kat Irfan.huhuhu.Anak kakak saya.

J - Jijah. My classmate masa TIKL. Sangat terkenal masa sekolah dengan gelaran Mama Meckers. Now Jijah dah jadi hot mama. Anak Jijah cute sangat.

K - Kinah. Kawan masa UTM. Selalu bawa keropok lekor Losong ke UTM bila dia balik Terengganu sebab saya sangat suka keropok lekor Losong. Turun rumah saya pun tak lupe bawak. Kinah turun KL next time ingat keropok lekor k.

L - Lake. One of my kenalan. Nama dia Malik sebenarnya. Tapi panggil Lake. Style.

M - Mama. Bukan my mom occay. Tapi my best friend kat matrix. Sekali dengan Chica. Kitorang berempat. Ada lagi sorang. Nanti saya story kat bawah.

N - Nad. Seseorang yang saya kenal masa matrix. Pernah rapat dan pernah juga ada krisis..Tapi sekarang dah ok balik.

O - Othman. Ayah saya. Yang mencari rezqi untuk besarkan kami adik beradik.

P - Pzah. Ni la lagi sorang my best fren kat Matrix. Susah nak dapat kawan macam diorang ni tau. Time saya demam campak, diorang siap jaga lagi. Jaga dengan sangat baik. Time kasih la kengkawan.

Q - Que Haidar. hahaha.Tetiba boleh tak. Tak ada la saper-saper nama Q yang saya kenal.

R - Rina. Kawan masa UTM yang study ambil QS. Tapi sekarang dah tukar kerjaya. Rina ni la makeup time saya tunang hari tu.

S - Shue. Kawan masa UTM. Saya selalu kagum dengan Shue ni. Nak tau kenapa. Dengan berbekalkan periuk nasi tapi dia boleh masak macam-macam dalam periuk nasi tu. hehehehe. dah macam periuk nasi ajaib pulak.

T - Teck Ing Wong. Amik ko Wong. Aku bagi nama penuh kot terus kat sini.hahaha. Wong kenal kat office sekarang. Dulu selalu gak join aktiviti jenayah sekali. Sekarang dah jarang-jarang.

U - Uda. Kakak saya. Umi kepada si kecik Irfan. Ni rajin pow jugak ni. hehehe. tapi anggap la sebagai balas budi tyme saya study dulu banyak sponsor.

V - V pun xder. Penat dah pikir=(

W - Wahidah. Adik saya yang patot digelar pengepow berjaya. Sila jauhkan diri anda daripada budak ni kalau tak nak poket anda nipis.hahaha.

X - X. Gelaran untuk orang yang tengah digosipkan n tak nak orang tu tau. Maknanya ramai la Mr. dan Miss X.hehehehe

Y - Yong.Bakal sister in law.

Z - Zam. Saya panggil k.Zam. Kenal kat office sekarang gak. Banyak bagi tunjuk ajar dalam banyak perkara. Selalu tanya k.Zam benda pelik-pelik, tapi K.Zam tetap jawab.hehehe. Even K.zam dah transfer saya still telefon K.zam kalau nak tanya apa-apa.


2 comments:

  1. oit oit..mempromosikan diriku as a "pengepow berjaya?"..hampeh nye sister..
    :D

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...