Monday, May 24, 2010

5 Days To Go...

Assalamualaikum w.b.t

Lima hari lagi. Wah kejap nyer. Rasa cam baru semalam tulih entry 30 Days To Go. hahaha. Preparation almost done. Semalam baru settle beli bunga untuk hantaran dengan K.cik n Mak. Actually saya nak guna fresh flower. huhuhu. Tapi hajat tidak kesampaian. Sebab kalau fresh flower mestila kena last minute baru nak gubah bunga tu. Takut tak sempat memandangkan hantaran yang banyak. So, hajat di hati berubah kepada artificial flower lak. Tapi tak dapat gak. huhuhu. K.cik suggest beli bunga lain. Tak pe la. Saya follow jer [walaupun dalam hati agak keciwa.huhuhu.]Tak sabar nak tengok bila dah siap hasilnya nanti.

Bilik dah siap kemas. Barang-barang tuk decoration bilik pun siap beli dah. Tinggal nak decorate jer. Haritu pergi IKEA dengan Mr. Teddy. Pastu tak puas hati, pergi lagi sekali dengan Deck pulak.hahaha.Mentang-mentang office dekat. Tapi time balik boleh pulak sesat.ngeks. Sebab tyme pergi dengan Mr.teddy, time balik tu sekali dengan Yong [kakak mr.teddy]. Yong bawak jalan lain. Bila pergi dengan Deck, time pergi confident la. Time balik ntah ke mana-mana hala. Adoyai. Memang fail direction betul. Apa-apa pun saya dah tak sabar nak curah idea untuk decorate bilik.hehehe.

Yang untuk pelamin mini lak, wah pelamin mini bagai pulak. Tak ada la actually ni last minute punya plan. Kakak-kakak saya mencadangkan agar buat upacara sarung cincin kat luar bilik coz dalam bilik risau kalau panas yang amat dengan cuaca sekarang ni kan. So, yang ni saya serahkan kepada yang pakar. Kak cik saya akan buatkan. Tapi saya dah pesan awal-awal, saya nak yang simple one punya. Tak nak grand-grand sangat.

Hari Rabu saya akan balik umah Klang. Khamis dah start cuti sampai Isnin. Semangatnyer. Hehehe. Tak de la, kalau tak cuti sape la pulak nak tolong mak kemas umah. Sebelum kena jerit n bakal menggegarkan satu Jalan 4 tu, baik saya minta cuti siap-siap.hehehe.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...