Friday, April 23, 2010

Tak Puas Hati

Assalamualaikum w.b.t

Pepagi nih terasa nak nyanyi lagu bengang pulak tapi tak sesuwei occay. Sebenarnya tengah tak puas hati dengan sorang mamat ni [W bukan nama sebenar]. Mamat yang selalu buat onar, reka-reka cerita, selalu jadi punca la senang cerita. Saya pernah terkena sekali dengan dia bab reka-reka cerita. Masa mula-mula kena terasa macam "Eh, betul ke. Aku ada terlepas cakap ke. Aku ada buat ke. Tapi rasa macam tak ada". Dah la time tuh dia tuduh saya buat benda yang saya tak buat. Cakap kuat-kuat pulak tuh. Satu office dengar. Nada dia macam meyakinkan suma orang yang kita ni betul-betul buat tau. Nasib baik saya ada saksi yang kata saya tak buat. So, terbukti la yang dia mereka cerita. Abis kat situ je la kes tu. Tapi sejak tu saya tak ada la sebaik dulu dengan dia. Lebih berhati-hati. Tapi lepas-lepas tu ada lagi beberapa orang kawan saya terkena dengan dia. Ada sorang kawan saya kena pasal putar belit cerita. Yang ni memang pening gila kes dia. Mamat ni punya pandai reka cerita, siap putar belit lagi, siap berlakon lagi. Memang sah mamat ni problem. Mental kah???

Cerita tak puas hati saya ni macam ni. Dulu W ni staff kat office saya. Baru-baru ni dia kena transfer [malas la nak cerita kenapa dia kena transfer kan]. Lepas tu ada la orang yang nak mengganti W ni. Kebetulan orang yang nak ganti W ni classmate saya time degree dulu. Diorang dua orang ni switch tempat, yang mana W pergi tempat classmate saya ni, n classmate saya ganti tempat W kat office saya. So, classmate saya ni pergi la office lama dia nak settlekan kerja yang pending. Dia terjumpa la W ni. Tau tak apa yang W ni dah buat???Dia pergi cerita pasal keadaan office saya yang kebanyakan adalah rekaan semata-mata. Classmate saya ni pon telefon saya, tanya betul ke apa yang W cerita. Saya gelak la dengar. Dah tahu sangat dah. Saya pon explain la kat dia apa yang betul sebenarnya. Saya cakap kat dia tak payah dengar cakap W dulu, ko masuk sini ko rasa sendiri keadaannya pastu ko buat judgment sendiri.
Pastu saya teringat time dulu saya nak pindah unit sekarang ni pon, W pernah racun saya. Cakap macam-macam. Termakan juga la dengan cakap dia. Tapi bila dah masuk keadaan sebenar tak ada la sedasyat dan seteruk yang digambarkan W. Cuma yang teruknya saya time masuk dulu sebab dapat kerja kena basuh sisa-sisa n***s.

Tak tau la apa masalah si W ni sebenarnya tau. Kalau dia rasa dia tak boleh berhadapan dengan situasi yang macam dia gambarkan tu, jangan la rasa orang lain pun sama. Tak payah la nak cerita lebih-lebih. Masing-masing kan dah besar, dah pandai fikir sendiri, dah pandai buat penilaian sendiri. Apa kata baiklah dia pergi memotivasikan diri, meningkatkan daya ketahanan diri, meningkatkan tahap professionalisme. Be professional la man. Kalau rasa tak puas hati dengan bos, dengan apa yang boss buat kat dia, jangan la sampai mereka-reka cerita yang pelik-pelik. Sebenarnya terpulang kat diri sendiri macamana nak sesuaikan diri, nak catch up kerja, nak berada di track yang betul. Frankly speaking, time mula-mula masuk saya pon lost sekejap. Ye la dah hampir dua tahun tinggal skop kerja sebenar. Tiba-tiba kena buat balik. Mau tak pecah kepala study balik. Lagipun apa yang kita belajar kat uni dulu tu berapa % je daripada yang kita hadapi in real industry. Tapi alhamdulillah daripada tunjuk ajar staf yang senior, saya berjaya hadapi phase tu. Satu je la, even kita berada di level mana pun jangan malu nak bertanya walaupun dengan staf bawah kita. Diorang orang lama, mesti banyak lagi pengalaman diorang. So, janganla malu nak bertanya n share.Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...