Monday, April 26, 2010

Mood Yang Hilang di Pagi Hari

Assalamualaikum w.b.t

Kenapa hari Isnin selalu dikaitkan dengan 'Monday Blues'???Rasa tak ada mood je nak kerja. Rasa malas je nak buat kerja [oohhhhh...update blog ko tak malas pulak eh. Tu bukan kerja occay.miahahaha]. Masih dibelenggu mood cuti di hujung minggu mungkin. So, hari ni saya telah diserang virus 'Monday Blues'. Oh tidak!!!!!Terasa macam di awang-awangan je.huhuhu.

Hari ni memang mood lari jauh [jauh sampai tak terkejar]. Sebab apa???1. Sebab diserang 'Monday Blues'. 2. Pepagi dah kena bebel dengan *** kecik.huhuhu. Pasal 'Monday Blues' tu tak mau la cerita kat sini. Tu mungkin sebab perangai 'mengada-ngada' yang melanda, pastu nak cover cakap 'Monday Blues' segala.hahaha. Tapi yang pasal NO. 2 tu nak cerita kat sini sebab telah menjejaskan mood saya di pagi hari. Memang spoil [sehingga membuatkan terpaksa membuka blog untuk meng'update'.hahaha.Baik punya alasan]

Dari rumah tadi saya dah susun sampai office nak buat apa ni. Bila sampai office terus ketik punch card dan dengan langkah bersemangat menuju ke bilik sebab rasa nak buang 'Monday Blues' jejauh and nak start buat kerja. Malangnya belom pun sempat saya buka bilik, telah disambut oleh bebelan *** kecik. Terus mood dari graf memuncak terus merosot jadi mendatar. Adoyai. Masalahnya kalau dia membebel pasal kerja boleh la saya terima [ tapi kalau cakap pasal kerja bukan membebel kan, tu teguran.hehehe] ni pasal benda merapu. Pasal almari kat bilik la. Kenapa letak sini la. Pasal Carta Organisasi la. Kusut-kusut. Saya selalu la jadi magsa bebelan *** kecik tau. Saya pun jadi musykil. Kakak-kakak kat office cakap sebab saya senyap jer bila dia bebel, sebab tu die meneruskan bebelan. Even benda yang dia bebel tu saya tak buat pun.

Contoh: Pergi sarapan kat luar. Saya bukan hari-hari pergi breakfast kat luar. Sebab saya selalu terlambat sampai office. Tak pun kadang-kadang kerja tengah banyak, malas nak pergi. Tapi selalu sangat bebel kat saya pasal breakfast kat luar. Adoyai *** kecik. Cakap la dekat mereka yang selalu buat tu. *** kecik cakap kat saya, bukan saya boleh buat apa pun. Saya bukan sesiapa nak pergi tegur diorang pulak.

*** kecik pantang kalau tutup 'blind' dalam bilik. Haritu ada beberapa kali saya tertutup tyme rehat. Pastu terlupa nak buka balik. Dia dengan baik hati tolong bukakan 'blind' untuk saya sambil membebel-bebel. Tu yang tak tahan telinga. Bukan sengaja pun.huhuhu.

Last-last saya buat keputusan, biarla *** kecik nak bebel kat saya. Anggap je la macam bebelan seorang ayah kepada anak. Tapi ayah saya tak kuat membebel.huhuhu. Mana yang baik kita dengar, mana yang rasa menyakitkan hati tak payah simpan.hehehe

2 comments:

  1. lorr, lelaki ke? aku ingat pempuan je suka bebel..haha

    payah gak orang macam ni, sound aje la sedas tengok dia insaf x..hehe

    ReplyDelete
  2. 2 la cik...pelik kan..tapi tu la hakikatnya...huhuhu...yang aku plak senyap jer bila dia membebel...malas la nak menjawab...hohoho

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...